Kursus Penternakan Kambing


Hutan Lipur Sekayu Yang Indah Menawan !


Sambil menikmati keindahan hutan lipur sekayu , ketenangan ulitan unggas yang berkicau , dengan pemandangan air terjun di antara yang tercantik di Terengganu , kami mempelawa mereka yang berminat untuk mengikuti kursus usahawan ternakan kambing yang akan di kendali kan oleh tenaga berpengalaman dalam industri ini dengan kerjasama beberapa Agensi Kerajaan yang terlibat. Jom bercuti di Terengganu , Hutan Lipur Sekayu sambil Berkursus !




Pakej : 2 Hari 1 malam ( Termasuk Makan dan Penginapan ) ,

Pilihan Sessi : Khamis - Sabtu / Jumaat - Ahad

Tempat : Resort Taman Rekreasi Hutan Lipur Sekayu

Tarikh : Hujung Minggu ( Khamis - Ahad )

Bayaran : RM300.00




KANDUNGAN KURSUS

* Asas Penternakan Kambing

- Pengenalan Baka dan Genetik
- Keperluan Modal , Prasarana dan Kemudahan Kandang
- Konsep dan Kaedah Menternak
- Ringkasan Pengurusan Ternakan ( Makanan , Kesihatan dan Pembiakan )
- Ringkasan Pasaran dan Halatuju Bidang Usaha

* Pengurusan Makanan

- Penyediaan Folaj dan Pastura ( Makanan Hijau )
- Rumusan Makanan Kosenterat ( Pallet )
- Teknologi EM ( Efektif Mikrob ) dalam Kualiti Makanan

* Pengurusan Kesihatan dan Penyakit

- Mengenali Wabak Penyakit dan Kaedah Rawatan Moden dan Tradisional

* Khasiat Daging Kambing Sebagai Makanan

- Kaedah Masakan dan Nutrien Kesihatan
- Aktiviti BBQ Kambing Muda ! ( Enak Sekali ! )

* Amali Pengurusan Ternakan di Ladang

- Merumus Silaj dan Pallet Berkualiti Tinggi

- Proses Penyembelihan dan Proses.

* Peraturan dan Akta Kawalan Ternakan

- Peraturan Pemindahan , Akta Kawalan Kesihatan , Wabak Penyakit

* Ekonomi Ternakan Kambing Sebagai Hasil Pendapatan
* Taklimat Sokongan Pembiayaan dari Agensi Kerajaan Terlibat.


ISTIMEWA CITARASA BBQ KAMBING MUDA ! Enak Rasa !

Kambing Untuk Jualan


Kambing Kacukan Untuk Akikah dan Sembelihan

HARGA SEKITAR RM450-RM650.00

Untuk belian borong , Harga istimewa diberikan.
HUBUNGI 012-913 5511 untuk tempahan . TQ

Pasar Segar Daging Kambing Muda - Satu Impian.


Salam Ternak ,

Hari ini di kalangan penternak khususnya Negeri Terengganu , budaya menjadikan ternakan kambing sebagai satu bidang usaha terkesan kepada kesuburan poket dan ekonomi secara komersial masih lagi kelihatan samar tanpa arah tuju yang jelas.

Menjual baka kah ? atau menjual daging segar ? atau kambing sembelihan akikah ? , atau jual susu ? ... masing-masing dengan arah tersendiri . mempunyai pandangan dan strategi pemasaran masing-masing tanpa satu arah yang jelas dan boleh dibanggakan di kalangan kita sebagai usahawan ternak untuk cetusan rasa membakar semangat untuk berjaya dalam industri ini.

Di Peringkat pasaran , kelemahan bekalan karkas kambing muda yang konsisten masih menjadi isu yang tak sudah-sudah , baik penternak individu , syarikat swasta , agensi kerajaan dan pertubuhan yang berkaitan , tanpa henti berusaha memainkan peranan agar bidang usaha ternakan kambing ini mampu memberi bekalan yang mencukupi ....

isu di sisi penternak pula ialah kemampuan membekal kambing dengan harga yang kompetatatif untuk di jual.



sebagai rujukan , Kambing Boer mampu menghasilkan sehingga 55% karkas secara keseluruhan dan boleh di jual pada usia 7-8 Bulan dengan berat badan sekitar 40Kg . tapi , berapakah harga jualan runcit yang mampu di tawarkan ? ,

bagaimana pula dengan baka lain ? kenapa pula jamnapari ? apakah justifikasinya ?

Pendapat peribadi saya melalui penelitian di kebanyakan ladang ternakan di Terengganu khususnya , nampaknya baka jamnapari menjadi pilihan , spesis baka berbulu lebat ini nampaknya menambat hati penternak disini dan menjadi pilihan jabatan verterinar untuk dibekalkan . Sebagai makluman , Baka ini tidak kurang mahal harganya . Dengan kos belian seekor penjantan jamnapari Pure yang ribu-ribu harganya akhirnya tidak akan membawa kemana...

berapakah nilai karkas yang mampu dihasilkan ? ..saya dimaklumkan oleh seorang pegawai veterinar ianya adalah disekitar 45% sahaja.

bagaimana pula dengan susunya ? Kenapa Jamnapari , tapi tidak kepada sannen ? ataupun setidak-tidaknya anglo nubian ...

saya tinggalkan persoalan di sini bagi mengakhiri celoteh santai ini . Ingatlah dan sedarlah , biarlah kita alah membeli , asalkan menang menjual . Tidak perlu di khuaturi jualan barang kita ...pasti akan dicari orang. Sebagai penternak berjiwa muda saya tetap berdiri atas konsep penternakan Membangunkan Program Biak Baka Boer Tempatan , Trading Kambing Akikah Feral dan Menjana hasil jualan susu Baka Sannen menjadi keutamaan.

biar apa jua tanggapan orang lain , pendirian saya harus di hormati. Jangan nanti Program Ternakan Kambing kita membuatkan kambing kita gemuk membesar tapi malangnya tuan punya semakin kurus melidi . Akhirnya Projek entah kemana , untungnya tidak seberapa , lalu mulalah kepala berserabut untuk melelong barang yang sedia ada.

Persoalan seterusnya dalam celoteh yang akan datang , bagaimana modal projek sebegini seharusnya benar-benar mencukupi bagi mengotakan janji yang dikata .... renung-renungkanlah !